Acara Dendangan Puisi Tradisi Antar-Bangsa 2024 di Kota Miri, Sarawak

Oleh: Poul Nanggang

Timbalan Presiden, Persatuan Penulis Utara Sarawak(PUTERA)

Pada 24 Mei 2024, diadakan majlis baca puisi tradisional sempena Hari Puisi Bandaraya Miri 2024 di PUSTAKA Sarawak, Miri yang dinamakan “Dendangan Puisi Tradisional Antarabangsa” .

Usaha ini atas sinergi Dewan Bandaraya Miri, Dewan Bahasa Pustaka Malaysia, PUSTAKA Sarawak, Pejabat Residen Miri, Perstauan Penulis Utara Sarawak(PUTERA) dan pelbagai persatuan etnik budaya di Miri, Sarawak.

Acara ini meletakkan Miri di peta dunia bukan sekadar di Borneo, alam Nusantara tetapi dinobat kota yang penuh historis sebagai Bandaraya Pelancongan destinasi budaya bersulam kebudayaan setempat yang menjadi antara tunjang kepelbagaian yang ada.

Kalau pun sebaris dengan kota-kota budaya kebanggaan dunia yang menyerlah senia sebagai intipati utamanya.   Sebelum ini, pada  tahun 2023 yang lalu  ada diadakan “Festival Puisi PUTERA” dengan pengisian pembentangan makalah tentang resensi buku penulis PUTERA, malam pengucapan puisi PUTERA dan Anugerah Penyair PUTERA.

Program ini adalah antara pengisian Hari Puisi Bandaraya Miri 2024, selain bengkel penulisan, deklamasi pelajar sekolah menengah dan umum, majlis pelancaran acara.

Kali ini saya terlibat, kerana saya diminta oleh Persatuan Bisaya Sarawak untuk mewakili masyarakat etnik Bisaya Sarawak selain beberapa undangan pelbagai etnik yang lain seperti Kumpulan “Lasykar Seni” dari masyrakat Melayu Sarawak, Tering, Saban, Melanau, Kenyah, Jati Miriek, Kumpulan kebudayaan IPGM, Kampus Sarawak di Miri, Kumpulan teater “Putra Seni”   dari negara Brunei Darussalam( yang turut menghadirkan mantan Ketua Pengarah DBP Brunei Darussalam) dan Persatuan penulis & Seniman Kayong  dari Kalimantan Barat, Indonesia yang menampilkan Mas Jumadi Gading dan teman-temannya.

Pelbagai gaya dan variasi persembahan puisi dapat kita nikmati bersama.   Dengan usaha murni ini kita dapat memasyarakat sastera budaya melalui puisi sebagai pengucapan  bersulam falsafah dan kelimuan selain lapis luarnya yang kelihatan sebagai juadah santai minda bebrbentuk hiburan.

Dendangan puisi: Puisi boleh juga berfungsi sebagai sebahagian bahan pengucapan awam yang harus juga didedahkan kepada masyarakat.

Puisi boleh juga berfungsi sebagai sebahagian bahan pengucapan awam yang harus juga didedahkan kepada masyarakat. Kita tidak hanya terapkan baca puisi berharkat martabat  tinggi seperti usaha GAPENA dan DBP Malaysia dalam format “Sayembara Deklamasi  Puisi Kemerdekaan” saban tahun dengan teks-teks yang terpilih oleh pantia acara. Mungkin, acara bacaan santai juga diketengahkan dengan iringan muzik, paluan gendang, taridra, tiupan seruling, dan kepelabagian yang kita ada bagi mewarnai suasana susastera bangsa di Malaysia dan Nusantara.Kita tidak harus malu denga napa yang miliki, tetapi bangga dengan kepelbagaian yang kita miliki  menjadi budaya, pegangan hidup dan teras inti kehidupan kita yang ada.

Tentunya kita sangat menghargai sumbangan Dewan Bahasa Dan Pustaka Malaysia termasuk cawangannya di Sarawak yang penuh komitmen, kesedaran, kesungguhan, azam bagi meletakkan seni puisi yang zaman-berzaman kita milik melalui budaya kita dan “folk flore” yang menjadi adunan busana kehidupan kita. Tidak lupa juga rakan-rakan sinergi yang lain yang mempunyai kesedaran tinggi bagi menjayakan agenda ini seperti PUSTAKA Sarawak, PUTERA, pelbagai agensi Kerajaan; persatuan penulis, persatuan etnik sekitar Miri dan semua yang terlibat yang tidak dinamakan di sini.

Sebagai peserta dan juga peminat seni sastera bangsa, saya amat menyanjung tinggi apa yang dicapai setakat ini, tetapi masih ada penambahbaikan  yang lain kepada golongan penulis seperti persidangan sastera serantau yang menggunakan Miri sebagai kota kelimuan di Utara Sarawak, kepada pelbagai aspek keintelektual setemapat atau “kearifan tempatan”. Amat sayang kalau kita gagal memberikan ruang dan kesempatan kepada kota ini sekadar berkembang maju kepada dunia dagang seperti petrolieum, gas, penamaman kelapa sawit, lada dan industry pelancongan alam lewat flora faunanya.

Harapan masyarakat hal-hal keilmuan, keintelektual melalui seni ini dapat kita gabung, garap dan persembahan dalam suatu manifestasi budaya yang menjunjung karya-karya dalam Masyarakat peribumi yang perlu digali dan diketengahkan. Dalam pada waktu, kenduri puisi ke kampung tradisi atau rumah Panjang berdekatan juga patut diusahakan seperti “Pengucapan Puisi Gua Niah” pada 2013 yang lalu.

Pada pendapat saya, dana perlu disediakan bagi mengangkat bahan-bahan dalam Masyarakat kita supaya tidak hilang di telan zaman. Biarpun ia berbentuk popular dan hiburan tetapi bersalutkan keilmuan, kebijaksanaan dan intelektual.  *)

Share your love
Avatar photo
Biblio Pedia
Articles: 241

Newsletter Updates

Enter your email address below and subscribe to our newsletter

Leave a Reply